Friday 9 November 2012

Setelah Lama Menghilang

Lamanya menghilang dari blog ni. Terlalu lama tak menulis di sini. Sahabat saya Ijah juga telah lama pergi menemuiNya selepas beberapa minggu saya menulis tentangnya di blog ini. Sem0ga dia bersama orang2 yang beriman, amin.


Dan sekarang pun merupakan semester terakhir saya belajar dan semester depan saya dah mula prakrikal. Setelah pelbagai dugaan sepanjang saya bergelar pelajar universiti ini, banyak perkara yang saya lihat dan rasakan. Saya bertemu dengan kumpulan para dakwah, saya juga bertemu dengan manusia2 yang pelbagai karakter. Kini, saya makin hampir untuk ke alam pekerjaan. Mungkin lebih banyak manusia yang saya akan berjumpa. Saya ada Allah. Semoga Allah pandu saya ke arah yg diredhai.


Dugaan yang saya pernah rasakan ketika di KPTM, Bangi saya akan jadikan pengajaran. Saya di sisih, saya di benci, saya keseorangan, saya ditinggalkan, saya jahil saat itu. Kemudian Allah pertemukan saya dengan akhawat2 yang sangat hebat. Saya mengenal mereka dan saya jatuh cinta dengan peribadi mereka. Saya ingin menjadi seperti mereka. Setelah itu, saya jadi seperti mereka, semua byk mmbantu saya, saya bahagia dgn mencintaiNya. Tiba2, saya di timpa ujian yang sangat dahsyat. Saya diuji dgn penyakit yang sangat pedih. Saya tak mampu berjalan. Saya lemah. Allah uji saya dengan mengambil sedikit nikmatnya kembali. Saya benar2 terseksa saat itu. Saat itu, saya teringat kisah nabi Ayyub. Begini kah apa yang dirasakan beliau? tapi sakit saya tidak bertahun2 cuma hampir setahun. Tapi saya bahagia kerana dikurniakan keluarga dan sahabat yg sgt menjaga saya. Saya tetap bersyukur. Allah tarik nikmat sihat, tapi Allah beri nikmat keluarga dan sahabat. Subhanallah.



Kini, saya di sini. Bagi menguji semula iman. Saya lihat diri mula terumbang ambing. Mengikut2 keadaan sekeliling. Saya mula lupa. Belum sempat saya hanyut, Allah memberi satu teguran kerana sayangkan saya. Saya terbangun, tersedar semula. Saya jahil. Ilmu yang saya ada saya tidak amalkan. Saya sombong. Saya bangga dengan diri saya. Sedangkan saya sgt hina di hadapan Allah. Saya malu. Saya malu dengan Allah. 

Hingga ke saat ini. Saya cuba mencari diri saya yang dulu. Diri yang sgt mencintaiNya, sgt mengutamakanNya. Saya mula belajar lagi. Belajar dari tahap seorang yang baru ingin mengenal islam. Saya mula belajar sirah islam. Saya ingin kembali. Saya ingin islam menjadi jalan hidup saya. Saya dah merasai dua jenis kehidupan iaitu jahil dan islam. dan saya sgt tenang dgn Islam. Saya ingin tetap di jalanNya. Saya tekad! sem0ga Allah permudahkan segalanya dan mengizinkan saya tetap di sini. Di jalanNya.



Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam dan beri kemenangan. Kita sudah memulakan penyebaran islam melalui kumpulan2 kecil iaitu usrah. Begitu yang dilakukan Rasulullah s.a.w. ketika dulu. Dan sejarah akan berulang. Kemenangan Islam akan bermula dalam beberapa masa yang dah ditentukan Allah. Lahirkan lebih banyak anak-anak yang akan memperjuangkan Islam. Didiklah mereka dari kecil untuk menjadi seorang khalifah Islam. 

♥~nadirah & fantasi~♥