Tuesday 21 May 2013

Armageddon 2012 (Bencana Akhir Zaman)

Assalamualaikum...kebelakangan ini aku mula jatuh cinta dengan buku buku tentang sejarah Islam dan segala tentang Islam. Dan aku mula jatuh cinta dengan penulisan seorang penulis sejarah Islam yang menggelarkan dirinya sebagai "Muhammad Alexander". Buku buku pengeluaran PTS di mana aku selalu beli buku keluaran PTS sebab majoriti buku keluaran  PTS kena dengan minat aku.

Buku terbaru yang aku baca baru baru ini ialah "Armageddon 2012 : Bencana Akhir Zaman. Seriously buku ini sangat menarik. Selama ini aku selalu membaca kisah tentang kemunculan Dajal dan aku selalu tertanya-tanya adakah Dajal itu manusia biasa atau bagaimana. Berdasarkan dari buku ini, penulis menceritakan bahawa Dajal merupakan manusia biasa seperti kita. Ditambah dengan info yang diberi oleh adik aku, dia ada baca kat buku lain, dia cakap kat aku yang Dajal ini hidup di alam jin yang menyebabkan dia tidak dimamah usia.


Ok apa yang menarik dalam buku ini, dia menceritakan bagaimana dan berapa lama Dajal itu muncul di dunia. Pada kemunculan pertama, Dajal akan muncul selama 40 tahun, iaitu dia mencari pengikutnya dengan duduk di setiap tempat selama 40 hari. Pada kemunculannya yang pertama, tiada siapa yang tahu dia adalah Dajal kerana masih belum ada tanda2 Dajal itu pada dirinya kerana pada waktu itu dia adalah seperti manusia biasa dan tidak buta. Pada mulanya, Dajal akan mengaku bahawa dirinya adalah Imam Mahadi, setelah itu dia akan mengaku dirinya Nabi Isa, dan pada waktu itu pelbagai fitnah yang dibawa Dajal, orang yang kafir dan tidak ikut ajaran Islam yang sebenar akan menjadi pengikut Dajal dan akhir sekali pada tahap paling kemuncak dia akan mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan.

Berdasarkan buku ini lagi, selepas Dajal mengaku bahawa dia adalah Tuhan, Allah murka dan menghentam bumi dengan meteor yang sangat besar yang menghasilkan bunyi yang sangat kuat keseluruh dunia hingga boleh menyebabkan gegendang telinga pecah. Ada hadis yang menceritakan keadaan ini. Ianya akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan pada hari Jumaat. 

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu". 

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Selepas jatuhnya meteor itu, seluruh dunia akan diselubungi asap dan dunia menjadi gelap akibat asap yang terhasil daripada meteor yang jatuh itu. Ketika inilah, semua aktiviti Dajal dan pengikutnya akan terganggu dan semua orang kafir akan mengalami bengkak2 akibat kesan dari asap (al-dukhan) itu manakala orang islam yang beriman hanya akan mengalami simptom seperti selsema sahaja. Ini ada kaitan dengan puasa oleh orang Islam. Pada waktu itulah, orang kafir akan buta, tuli dan bengkak bengkak pada seluruh badan mereka. Dan pada ketika inilah mata Dajal buta sebelah dan mukanya bengkak sehingga dahinya kelihatan tulisan "kafir". Banyak lagi yang diceritakan dalam buku ini termasuklah bukti2 dari Al-Quran, hadis dan kitab2 lain seperti kitab Bible dan sebagainya.

Buku yang ditulis oleh "Muhammad Alexander" ini memang sangat menarik dan boleh membuka mata kita. Walaubagaimanapun, penulisan beliau berdasarkan banyak sumber dan ia merupakan hipotesis beliau sendiri kalau tak silap aku lah. Korang mesti baca buku ini. Berbaloi dan banyak perkara dibahaskan termasuk tentang Yakjuj Makjuj juga. Beli jangan tak beli, baca jangan tak baca. Heheeee! I love Islam.

Wednesday 1 May 2013

BN vs PR (Parlimen JB)

Assalamualaikum...memandangkan ini adalah pertama kali aku mengundi so aku mula terasa betapa beratnya tanggungjawab untuk mengundi ni. Tak tahu lah kalau aku je yang rasa macam tu. Tapi aku sangat ambil berat perkara ini sebagai sesuatu yang sangat penting. Aku tak nak jadi "bias" dan aku tak nak ikut2 orang untuk buat keputusan ini. Jadi, akhirnya, aku dan kakak aku pun memulakan siasatan kami terhadap dua  calon parlimen JB dari parti BN dan juga parti PKR iaitu Tan Sri Shahrir Samad (BN) dan Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussien (PR).

Pada mulanya, kami banyak lihat video dan membaca secara general tentang kedua2 parti dan kami juga membaca manifesto PR dan juga BN. Walaupun tak fully analyse tapi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku, manifesto PR lebih memihak kepada kehendak rakyat contohnya tutup Lynas, naikkan gaji minimum ke RM1,100, dan sebagainya, boleh lihat di sini manifesto PR ( http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf ). Saya ingin tekankan kat sini, tolong jangan tutup minda anda jika anda bencikan BN atau PR, jangan bias sampai anda hanya baca di satu pihak dan kadang2 mungkin anda membaca atau mendengar dari dua2 pihak, tapi masih ada yang tutup minda sepenuhnya sampai tak nampak langsung kebenaran di pihak yang anda tak suka itu. Anda silap jika anda berbuat begitu.

Selain itu, anda juga boleh lihat manifesto BN di ( http://manifestopru13.com/bahasamelayu.php ). Lihat, baca dan hayati kedua2 manifesto ini. Ok, aku dah baca dan aku masih lagi takut untuk membuat keputusan walaupun ada janji dari satu pihak yang aku tertarik tapi aku masih tidak yakin. Mungkin aku rasa tidak cukup adil jika aku pangkah undi hanya berdasarkan manifesto semata2 dan hati aku masih belum tenang untuk buat keputusan itu. Jadi, aku kecilkan pandangan aku dari manifesto parti kepada calon kawasan aku pula. Sebab aku sedar, ianya sangat penting kerana aku mengundi untuk memilih calon kawasan bukan parti keseluruhan.

Dan aku mula sedar dan nampak kepentingan memilih calon kawasan. Ok macam ni, cuba anda bayangkan dua calon itu, dia mewakili parti yang sudah lama memerintah atau parti yang memperjuangkan rakyat tapi salah seorang calon itu ada kepentingan sendiri kerana dia lihat ada kelebihan pada parti itu jadi dia jadi calon untuk parti itu. Jadi sebab itu, penting untuk kita lihat calon itu sendiri sebab mereka akan represent kita sebagai rakyat di parlimen nanti. Kalau kita pilih calon yang susah untuk kita mengadu masalah rakyat tambahan pentingkan diri dan yang paling ketara terlalu membezakan darjat sehingga kita kena layan dia seolah2 dia itu raja, susah sangat untuk dia perjuangkan hak kita nanti di parlimen sebab dia hanya akan bantu bila ada kepentingan di pihak nya dan bukannya ikhlas kerana rakyat sendiri. Senang kata " ada udang di sebalik batu".

Aku sangat2 merayu, tolong perhatikan calon-calon dikawasan anda, jangan hanya melihat pada parti. Nanti anda juga akan menyesal dan paling penting, pastikan calon yang anda pilih itu ada Islam dalam dirinya. Bukan hanya pandai cakap tapi tidak mempraktikkannya. Semoga aku tidak silap dengan pilihan aku. Ya Allah, kuatkan hati aku pada calon yang kau redha, aminnnn.

Saturday 2 March 2013

Saya anak tentera!

Assalamualaikum...kadang2 ramai orang pertikaikan apa yang dilakukan oleh tentera. Ada yang cakap tentera ni makan gaji buta laa...tak payah ada pun tak apa laa...dan macam2 lagi. Tahukah anda, sistem pertahanan merupakan perkara yang penting untuk sesebuah negara. Kalau tak ada tentera atau polis, siapa yang nak pertahankan negara?

Polis lebih kepada keselamatan dalam negara. Tentera lebih kepada pertahanan luar dan dalam negara. Tetapi tentera lebih kepada strategi perang. Ayah aku tentera dan aku juga ada sedara mara yang tentera dan polis. Boleh di katakan keturunan aku lebih kepada ketenteraan. Dan aku bangga jadi anak tentera.

Tak mudah jadi anak kepada seseorang yang perlu mempertahankan negara. Orang yang tak ada dalam situasi itu takkan nampak apa yang dilakukan tentera ini. Sedangkan ibu aku lebih merasai kesedihan dan kesakitan di tinggalkan suami untuk mempertahankan negara. Aku ingat lagi, abah di tugaskan untuk ke Bosnia kerana perang di Bosnia, kes penyembelihan di sana dan sebagainya.

Masa aku kecik, kami adik beradik selalu tidur satu bilik dengan ibu bila abah tak ada sebab kena pergi latihan, masuk hutan. Aku masa itu kecil lagi dan mungkin tak berapa mengerti, tapi ibu aku yang terpaksa menjaga anak2 yang kecil seorang diri yang merasa pedihnya.

Dan aku ingat lagi, setiap kali ada latihan, abah di panggil untuk standby, dan macam2 lagi, tapi masih ramai yang pertikaikan apa yang dilakukan oleh tentera. Aku lihat sendiri, tak mudah kerja sebagai tentera. Kena masuk hutan bagai, mana orang nak nampak dan aku rasa memang tak perlu pun untuk orang lain tau. Strategi tentera kita, biarlah rahsia. Kalau semua di sebarkan, susahlah kan. Abah sendiri pernah cerita, bom jatuh depan mata, masa kat Bosnia, orang putus kaki bagai depan mata.

Walaupun aku perempuan, aku pun bercita2 nak jadi tentera. Sampai sekarang aku masih bercita2 nak jadi tentera. Tapi mungkin aku tak di takdirkan untuk masuk tentera disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan aku kurang layak, keke. Tapi ingatlah, ketenteraan untuk sesebuah negara sangat penting. Mungkin senjata kita tak banyak macam Singapore, tapi sem0ga pengalaman, semangat dan skill tentera kita melebihi negara lain.

P/S : Apa yang berlaku sekarang di Lahad Datu mungkin masanya untuk tentera dan polis kita belajar dan gunakan sepenuh skill ketenteraan yang ada. Semoga mereka selamat di LD. Kawan aku masa sekolah juga di tugaskan untuk standby di sana. Sem0ga dia juga selamat.

Thursday 31 January 2013

Al Ikhsan : Kedai Sukan Kegemaranku !


Assalamualaikum kawan2..heee, aku bakal praktikal kat al-ikhsan isnin depan. Aku tak pasti lah nak cakap macam mana. Tapi yang pasti aku yakin, memang jodoh aku kat al-ikhsan ni dah lama dah. Serius aku teruja gilaaaaa nak praktikal kat sana! Bagi aku ini bukan company yang calang2 weh....bagi aku laaa..based on knowledge aku tentang company ni la, kekee..

Aku ni memang peminat al-ikhsan dari dulu so agak teruja sikit la..di tambah lagi masa aku diploma, group entrepreneur kitorang buat company "al-ihsan", sama konsep macam al-ikhsan dengan al-jabbar la, ala2 kedai sukan macam tu. Aku pernah jumpa manager al-jabbar kat bangi, serius layanan dia sangat baik, aku respect. Aku ada jugak pergi al-ikhsan kat bangi sebab nak jumpa supervisor, tapi time tu supervisor tak ada plak. Tapi aku nampak kehebatan al-ikhsan ni. (tak tahu lah kalau aku je yang teruja, hahahaaa)


Mulanya, aku macam rendah diri jugak lah sebab kawan2 lain semua dapat company yang agak besar visinya, ada yang kat pejabat perdana menteri, ada yang dekat petronas, ada yang dekat company besar2, government link company dan yang hebat2 dan gah namanya. (bagi aku gah laaa...=D). Tapi, lama-lama aku fikir, aku sangat bertuah sebab dapat praktikal kat al-ikhsan ni walaupun belum mula lagi tapi aku harap aku boleh buat yang terbaik utk company yang aku sangat suka a.k.a sayang ni (sayang la kot..hahaaa)

Harapan aku, lebih ramai lagi orang melayu yang kukuh akidah islamnya maju dalam perniagaan, maklumlah, perniagaan ni kan sunnah Nabi s.a.w. Mungkin banyak perkara yang aku boleh belajar kat al-ikhsan ni. Aku percaya Allah s.w.t. sangat tahu apa yang terbaik untuk aku dan aku sangat bersyukur atas ketentuanNya meletakkan aku di tempatku sekarang, dan beri aku peluang di al-ikhsan ni, ALHAMDULILLAH~~~ Allah Maha Besar.

Tuesday 29 January 2013

Jom membaca !!!


Assalamualaikum..eerrrrr! Korang semua mesti tak suka membaca kan? (sesuka aku je ckp orang) ahahaaa..aku percaya korang mesti suka membaca punyaaa. Tak kisah lah, baca novel ke apa ke, yang penting ada nilai dan value dalam pembacaan korang tuh! Aku bukan nak puji diri sendiri, tapi aku kalau bab menghabiskan duit dekat buku memang nombor satu. Sehari, kalau pergi kedai buku tu, memang boleh habis beratus-ratus. Tapiiiiiiiiiiii.....................ada tapinya, hahahaaaa...

Masalahnya, aku ni asyik tak habis baca je buku yang aku beli tu. Ish3..tolong jangan contohi aku. ==" tapi, sekarang, aku dah sedar, ini semua sejak semua buku2 yang aku beli akak aku yang pi baca. Pastu dia cerita kat aku, perrgghhhh! baru aku tahu betapa seronoknya cerita dalam buku2 tu. Dan sebab tu juga aku beli sebenarnya. Tapi banyak sangat beli, sampai tak tahu nak baca yang mana dulu.


Apa2 pun, sekarang, aku memang tak sabar nak dapat baucer buku RM250 yang kerajaan bakal bagi ni. Haaaa....part baucer buku ni memang aku setuju sesangat sebab ada kesan baik pada masa hadapan untuk generasi2 macam aku ni. Kehkeh! kerajaaannnn...kalau nak habis duit kat benda-benda macam ni memang aku setujjuuuuuu sesangaaattttt, hahahaaaa..tapi kalau kat benda yang percuma tak ada pulangan, toksah laaaa..haa! rakyat malaysia ni pun satu, hang tak tahu ka kerajaan ni banyak hutang, faham lah sikit kalau kerajaan nak kurangkan subsidi. Sat gi generasi kitorang yang sengsara nak tanggung hutang2 yang ada ni. 

Tapi itulah, sama je. Kerajaan ke, rakyat ke..dua2 mainkan peranan penting. Yang masalah makin menjadi2 sebab corruption rasuah bagai ni. Ish3, dari rakyat jelata sampai lah para pemimpin. Tak mau lah macam tu. Jom sama2 sayang negara kita ini (patriotik gila aku, kahkah!) Kla, wasalam...

Pilihan Raya Umum ke 13 - PRU 13!


Assalamualaikum.. pilihan raya dah dekat oiiii! Aku dah boleh mengundi? Oh semacam tidak percaya, yang aku dah makin tua. Kita sebagai rakyat Malaysia kena ada kesedaran. Mengundi itu kewajipan kita okeh! Jom lah kita sama sama mengundi. Ingat! Undi itu rahsia. kehkeh!

Apa motif aku cerita pasal undi ni? Bukan mudah sebenarnya nak ada kesedaran pasal mengundi ni. Yela, lagi2 macam aku ni yang tak suka politik, memang tak laaahhhhh nak mengundi ni. Tapi, itu duluuuu. Zaman tak berapa nak matang dan zaman tak nak pening kepala. Ok! sekarang aku makin faham kepentingan aku sebagai rakyat untuk mengundi. 


Ahahaaa..rasa macam tengah buat kempen jom mengundi plak. >_< apa2 pun, setiap orang ada hak mengundi. Baru puas hati plus kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat. Tak gittuuuu? Yang selebihnya, kita lihat lah betul2 calon yang kita bakal undi tu. Jangan main undi je macam aku ni dulu. Sejak dah masuk 20 lebih ni, terasa makin berat tanggungjawab. Kehkeh! Poyo jap rasa, oklah, wasalam.

Wednesday 16 January 2013

Sahabatku menangis~

Selalunya aku guna bahasa saya, tapi rasanya lebih mudah dan dekat kalau guna perkataan aku, rasa lebih rapat gituu. hihiii..


Kawan aku dah kahwin, dah ada anak pun. Baru je lahir dalam beberapa hari yang lepas. Kawan dan sahabat yang aku maksudkan tu ialah roomate aku masa diploma. Dan juga kitorang sama2 buat bisness sampai kitorang pergi Bangkok sama2. Tapi tak indah mana pun perjalanan dan training kat Bangkok ni di sebabkan saat itu aku sakit teruk. Hanya Allah yang betul2 faham penderitaan aku saat itu. Dan sahabat aku mungkin mengerti juga kerana setiap kali aku mandi, dia pasti akan dengar aku mengerang kesakitan dan menangis.

Sahabat aku itu sangat setia dengan aku. Cuma aku yang selalu biarkan dia sendiri. Aku sedih bila ingat kembali. Tapi aku cuba beri yang terbaik untuk dia. Dia sangat setia mendengar keluhan aku, luahan aku. Dia selalu dengar tangisan aku. Ya! hampir tiap hari. Dia bawa aku naik motor pergi cari klinik ambil injection. Saat itu aku betul2 dah tak tahan dengan penderitaan sakit aku itu. Aku banyak terhutang budi dengan dia.


Allah tarik nikmat sihat dari aku, tapi Allah hadiahkan aku sebuah persahabatan yang indah, sangat indah. Bukan aku inginkannya, tapi itulah pertama kali aku mengenal erti persahatan yang sebenar. Lebih indah dari bercinta. Kerana persahabatan ini lebih di redhai Allah. Ramai lagi sahabat2 yang lain melawat aku saat aku sakit. Tapi untuk tulisan hari ini, aku fokus pada roomate aku, Syazwani Alias.

Ada satu saat yang paling aku tak dapat lupakan. Saat itu aku dah pada tahap ingin mati dan putus asa di sebabkan aku dah tak mampu nak hadapi sakit itu. Bayangkan, bila mandi, terkena air, kulit kita rasa terbakar. Bila terlalu kering, terasa pedih sebab kulit badan kita seperti merekah dan gatal sangat. Masya Allah. Tak mampu aku nak hadapinya lebih lama. Aku hanya ingat kisah Nabi Ayub saat itu. Aku cuma sakit hampir berbulan2 pun dah tak tahan, apatah Nabi Ayub yang menderita penyakit kulit bertahun2.

Lemahnya iman aku....pada saat aku hampir putus asa itu, aku menangis depan sahabat aku. Aku mempersoalkan kenapa mesti aku sakit. Aku seolah2 hampir berputus asa dengan rahmatNya. Aku menangis sangat2 pada waktu itu. Tapi yang aku tak lupa, sahabat aku peluk aku, dia MENANGIS BERSAMAKU....tak mudah untuk aku lihat tangisan dia. Dia cakap "jangan macam ni weh" dan dia beri aku kata2 semangat.


Serius aku katakan, semangat aku datang dari dia. Dari sahabat2 yang lain. Yang aku sayangi. Begitu juga dengan keluarga aku yang tak putus2 cari jalan untuk ubati sakit aku saat itu. Abah Ibu yang berjaga sampai pagi pergi Shifa'. Bawa aku pergi hospital dan macam2 lagi. Banyak nikmat yang Allah berikan pada saat itu walaupun aku menderita. Alhamdulillah sekarang aku sudah sembuh sepenuhnya. Allah Maha Besar.