Wednesday 1 May 2013

BN vs PR (Parlimen JB)

Assalamualaikum...memandangkan ini adalah pertama kali aku mengundi so aku mula terasa betapa beratnya tanggungjawab untuk mengundi ni. Tak tahu lah kalau aku je yang rasa macam tu. Tapi aku sangat ambil berat perkara ini sebagai sesuatu yang sangat penting. Aku tak nak jadi "bias" dan aku tak nak ikut2 orang untuk buat keputusan ini. Jadi, akhirnya, aku dan kakak aku pun memulakan siasatan kami terhadap dua  calon parlimen JB dari parti BN dan juga parti PKR iaitu Tan Sri Shahrir Samad (BN) dan Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussien (PR).

Pada mulanya, kami banyak lihat video dan membaca secara general tentang kedua2 parti dan kami juga membaca manifesto PR dan juga BN. Walaupun tak fully analyse tapi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan aku, manifesto PR lebih memihak kepada kehendak rakyat contohnya tutup Lynas, naikkan gaji minimum ke RM1,100, dan sebagainya, boleh lihat di sini manifesto PR ( http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf ). Saya ingin tekankan kat sini, tolong jangan tutup minda anda jika anda bencikan BN atau PR, jangan bias sampai anda hanya baca di satu pihak dan kadang2 mungkin anda membaca atau mendengar dari dua2 pihak, tapi masih ada yang tutup minda sepenuhnya sampai tak nampak langsung kebenaran di pihak yang anda tak suka itu. Anda silap jika anda berbuat begitu.

Selain itu, anda juga boleh lihat manifesto BN di ( http://manifestopru13.com/bahasamelayu.php ). Lihat, baca dan hayati kedua2 manifesto ini. Ok, aku dah baca dan aku masih lagi takut untuk membuat keputusan walaupun ada janji dari satu pihak yang aku tertarik tapi aku masih tidak yakin. Mungkin aku rasa tidak cukup adil jika aku pangkah undi hanya berdasarkan manifesto semata2 dan hati aku masih belum tenang untuk buat keputusan itu. Jadi, aku kecilkan pandangan aku dari manifesto parti kepada calon kawasan aku pula. Sebab aku sedar, ianya sangat penting kerana aku mengundi untuk memilih calon kawasan bukan parti keseluruhan.

Dan aku mula sedar dan nampak kepentingan memilih calon kawasan. Ok macam ni, cuba anda bayangkan dua calon itu, dia mewakili parti yang sudah lama memerintah atau parti yang memperjuangkan rakyat tapi salah seorang calon itu ada kepentingan sendiri kerana dia lihat ada kelebihan pada parti itu jadi dia jadi calon untuk parti itu. Jadi sebab itu, penting untuk kita lihat calon itu sendiri sebab mereka akan represent kita sebagai rakyat di parlimen nanti. Kalau kita pilih calon yang susah untuk kita mengadu masalah rakyat tambahan pentingkan diri dan yang paling ketara terlalu membezakan darjat sehingga kita kena layan dia seolah2 dia itu raja, susah sangat untuk dia perjuangkan hak kita nanti di parlimen sebab dia hanya akan bantu bila ada kepentingan di pihak nya dan bukannya ikhlas kerana rakyat sendiri. Senang kata " ada udang di sebalik batu".

Aku sangat2 merayu, tolong perhatikan calon-calon dikawasan anda, jangan hanya melihat pada parti. Nanti anda juga akan menyesal dan paling penting, pastikan calon yang anda pilih itu ada Islam dalam dirinya. Bukan hanya pandai cakap tapi tidak mempraktikkannya. Semoga aku tidak silap dengan pilihan aku. Ya Allah, kuatkan hati aku pada calon yang kau redha, aminnnn.

No comments:

Post a Comment