Saturday 2 March 2013

Saya anak tentera!

Assalamualaikum...kadang2 ramai orang pertikaikan apa yang dilakukan oleh tentera. Ada yang cakap tentera ni makan gaji buta laa...tak payah ada pun tak apa laa...dan macam2 lagi. Tahukah anda, sistem pertahanan merupakan perkara yang penting untuk sesebuah negara. Kalau tak ada tentera atau polis, siapa yang nak pertahankan negara?

Polis lebih kepada keselamatan dalam negara. Tentera lebih kepada pertahanan luar dan dalam negara. Tetapi tentera lebih kepada strategi perang. Ayah aku tentera dan aku juga ada sedara mara yang tentera dan polis. Boleh di katakan keturunan aku lebih kepada ketenteraan. Dan aku bangga jadi anak tentera.

Tak mudah jadi anak kepada seseorang yang perlu mempertahankan negara. Orang yang tak ada dalam situasi itu takkan nampak apa yang dilakukan tentera ini. Sedangkan ibu aku lebih merasai kesedihan dan kesakitan di tinggalkan suami untuk mempertahankan negara. Aku ingat lagi, abah di tugaskan untuk ke Bosnia kerana perang di Bosnia, kes penyembelihan di sana dan sebagainya.

Masa aku kecik, kami adik beradik selalu tidur satu bilik dengan ibu bila abah tak ada sebab kena pergi latihan, masuk hutan. Aku masa itu kecil lagi dan mungkin tak berapa mengerti, tapi ibu aku yang terpaksa menjaga anak2 yang kecil seorang diri yang merasa pedihnya.

Dan aku ingat lagi, setiap kali ada latihan, abah di panggil untuk standby, dan macam2 lagi, tapi masih ramai yang pertikaikan apa yang dilakukan oleh tentera. Aku lihat sendiri, tak mudah kerja sebagai tentera. Kena masuk hutan bagai, mana orang nak nampak dan aku rasa memang tak perlu pun untuk orang lain tau. Strategi tentera kita, biarlah rahsia. Kalau semua di sebarkan, susahlah kan. Abah sendiri pernah cerita, bom jatuh depan mata, masa kat Bosnia, orang putus kaki bagai depan mata.

Walaupun aku perempuan, aku pun bercita2 nak jadi tentera. Sampai sekarang aku masih bercita2 nak jadi tentera. Tapi mungkin aku tak di takdirkan untuk masuk tentera disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan aku kurang layak, keke. Tapi ingatlah, ketenteraan untuk sesebuah negara sangat penting. Mungkin senjata kita tak banyak macam Singapore, tapi sem0ga pengalaman, semangat dan skill tentera kita melebihi negara lain.

P/S : Apa yang berlaku sekarang di Lahad Datu mungkin masanya untuk tentera dan polis kita belajar dan gunakan sepenuh skill ketenteraan yang ada. Semoga mereka selamat di LD. Kawan aku masa sekolah juga di tugaskan untuk standby di sana. Sem0ga dia juga selamat.