Tuesday 21 May 2013

Armageddon 2012 (Bencana Akhir Zaman)

Assalamualaikum...kebelakangan ini aku mula jatuh cinta dengan buku buku tentang sejarah Islam dan segala tentang Islam. Dan aku mula jatuh cinta dengan penulisan seorang penulis sejarah Islam yang menggelarkan dirinya sebagai "Muhammad Alexander". Buku buku pengeluaran PTS di mana aku selalu beli buku keluaran PTS sebab majoriti buku keluaran  PTS kena dengan minat aku.

Buku terbaru yang aku baca baru baru ini ialah "Armageddon 2012 : Bencana Akhir Zaman. Seriously buku ini sangat menarik. Selama ini aku selalu membaca kisah tentang kemunculan Dajal dan aku selalu tertanya-tanya adakah Dajal itu manusia biasa atau bagaimana. Berdasarkan dari buku ini, penulis menceritakan bahawa Dajal merupakan manusia biasa seperti kita. Ditambah dengan info yang diberi oleh adik aku, dia ada baca kat buku lain, dia cakap kat aku yang Dajal ini hidup di alam jin yang menyebabkan dia tidak dimamah usia.


Ok apa yang menarik dalam buku ini, dia menceritakan bagaimana dan berapa lama Dajal itu muncul di dunia. Pada kemunculan pertama, Dajal akan muncul selama 40 tahun, iaitu dia mencari pengikutnya dengan duduk di setiap tempat selama 40 hari. Pada kemunculannya yang pertama, tiada siapa yang tahu dia adalah Dajal kerana masih belum ada tanda2 Dajal itu pada dirinya kerana pada waktu itu dia adalah seperti manusia biasa dan tidak buta. Pada mulanya, Dajal akan mengaku bahawa dirinya adalah Imam Mahadi, setelah itu dia akan mengaku dirinya Nabi Isa, dan pada waktu itu pelbagai fitnah yang dibawa Dajal, orang yang kafir dan tidak ikut ajaran Islam yang sebenar akan menjadi pengikut Dajal dan akhir sekali pada tahap paling kemuncak dia akan mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan.

Berdasarkan buku ini lagi, selepas Dajal mengaku bahawa dia adalah Tuhan, Allah murka dan menghentam bumi dengan meteor yang sangat besar yang menghasilkan bunyi yang sangat kuat keseluruh dunia hingga boleh menyebabkan gegendang telinga pecah. Ada hadis yang menceritakan keadaan ini. Ianya akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan pada hari Jumaat. 

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu". 

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Selepas jatuhnya meteor itu, seluruh dunia akan diselubungi asap dan dunia menjadi gelap akibat asap yang terhasil daripada meteor yang jatuh itu. Ketika inilah, semua aktiviti Dajal dan pengikutnya akan terganggu dan semua orang kafir akan mengalami bengkak2 akibat kesan dari asap (al-dukhan) itu manakala orang islam yang beriman hanya akan mengalami simptom seperti selsema sahaja. Ini ada kaitan dengan puasa oleh orang Islam. Pada waktu itulah, orang kafir akan buta, tuli dan bengkak bengkak pada seluruh badan mereka. Dan pada ketika inilah mata Dajal buta sebelah dan mukanya bengkak sehingga dahinya kelihatan tulisan "kafir". Banyak lagi yang diceritakan dalam buku ini termasuklah bukti2 dari Al-Quran, hadis dan kitab2 lain seperti kitab Bible dan sebagainya.

Buku yang ditulis oleh "Muhammad Alexander" ini memang sangat menarik dan boleh membuka mata kita. Walaubagaimanapun, penulisan beliau berdasarkan banyak sumber dan ia merupakan hipotesis beliau sendiri kalau tak silap aku lah. Korang mesti baca buku ini. Berbaloi dan banyak perkara dibahaskan termasuk tentang Yakjuj Makjuj juga. Beli jangan tak beli, baca jangan tak baca. Heheeee! I love Islam.

No comments:

Post a Comment