Wednesday 16 January 2013

Sahabatku menangis~

Selalunya aku guna bahasa saya, tapi rasanya lebih mudah dan dekat kalau guna perkataan aku, rasa lebih rapat gituu. hihiii..


Kawan aku dah kahwin, dah ada anak pun. Baru je lahir dalam beberapa hari yang lepas. Kawan dan sahabat yang aku maksudkan tu ialah roomate aku masa diploma. Dan juga kitorang sama2 buat bisness sampai kitorang pergi Bangkok sama2. Tapi tak indah mana pun perjalanan dan training kat Bangkok ni di sebabkan saat itu aku sakit teruk. Hanya Allah yang betul2 faham penderitaan aku saat itu. Dan sahabat aku mungkin mengerti juga kerana setiap kali aku mandi, dia pasti akan dengar aku mengerang kesakitan dan menangis.

Sahabat aku itu sangat setia dengan aku. Cuma aku yang selalu biarkan dia sendiri. Aku sedih bila ingat kembali. Tapi aku cuba beri yang terbaik untuk dia. Dia sangat setia mendengar keluhan aku, luahan aku. Dia selalu dengar tangisan aku. Ya! hampir tiap hari. Dia bawa aku naik motor pergi cari klinik ambil injection. Saat itu aku betul2 dah tak tahan dengan penderitaan sakit aku itu. Aku banyak terhutang budi dengan dia.


Allah tarik nikmat sihat dari aku, tapi Allah hadiahkan aku sebuah persahabatan yang indah, sangat indah. Bukan aku inginkannya, tapi itulah pertama kali aku mengenal erti persahatan yang sebenar. Lebih indah dari bercinta. Kerana persahabatan ini lebih di redhai Allah. Ramai lagi sahabat2 yang lain melawat aku saat aku sakit. Tapi untuk tulisan hari ini, aku fokus pada roomate aku, Syazwani Alias.

Ada satu saat yang paling aku tak dapat lupakan. Saat itu aku dah pada tahap ingin mati dan putus asa di sebabkan aku dah tak mampu nak hadapi sakit itu. Bayangkan, bila mandi, terkena air, kulit kita rasa terbakar. Bila terlalu kering, terasa pedih sebab kulit badan kita seperti merekah dan gatal sangat. Masya Allah. Tak mampu aku nak hadapinya lebih lama. Aku hanya ingat kisah Nabi Ayub saat itu. Aku cuma sakit hampir berbulan2 pun dah tak tahan, apatah Nabi Ayub yang menderita penyakit kulit bertahun2.

Lemahnya iman aku....pada saat aku hampir putus asa itu, aku menangis depan sahabat aku. Aku mempersoalkan kenapa mesti aku sakit. Aku seolah2 hampir berputus asa dengan rahmatNya. Aku menangis sangat2 pada waktu itu. Tapi yang aku tak lupa, sahabat aku peluk aku, dia MENANGIS BERSAMAKU....tak mudah untuk aku lihat tangisan dia. Dia cakap "jangan macam ni weh" dan dia beri aku kata2 semangat.


Serius aku katakan, semangat aku datang dari dia. Dari sahabat2 yang lain. Yang aku sayangi. Begitu juga dengan keluarga aku yang tak putus2 cari jalan untuk ubati sakit aku saat itu. Abah Ibu yang berjaga sampai pagi pergi Shifa'. Bawa aku pergi hospital dan macam2 lagi. Banyak nikmat yang Allah berikan pada saat itu walaupun aku menderita. Alhamdulillah sekarang aku sudah sembuh sepenuhnya. Allah Maha Besar.

No comments:

Post a Comment