Saturday 23 April 2011

Ya Allah....selamatkanlah Palestin...~


Ya Allah...aku tak mampu untuk ke sana..membantu saudara2ku...aku sangat sedih kerana terlalu lemah dan hanya mampu melihat dari jauh penderitaan mereka yang aku sayangi....apa yang aku mampu,hanya berdoa untuk keselamatan mereka...dan memberi sumbangan...

Ya Allah,tidak ada lagikah bantuan yang dapatku beri selain ini..berilah daku kekuatan tidak kira dalam apa jua bentuk bantuan,aku akan cuba walaupun ianya hanya dapat membantu meringankan penderitaan mereka sedikit sahaja...ya Allah...aku............sayang sangat saudaraku di Palestin sana...mereka menderita disana sedangkan aku disini...sedikit sahaja ujianMu,aku sudah mula mengeluh...lemahnya imanku ya Allah..lemahnya hatiku ya Allah...aku masih terlalu jauhkah dari syurgaMu ya Allah......

Ya Allah...seandainya aku masih jauh dari syurgaMu,Kau bantulah aku supaya aku hampir dan seterusnya bawalah ku ke syurgaMu itu ya Allah...kerana,aku cintakan Kau ya Allah...tapi,aku akui,bukan mudah untuk melawan hati yang penuh nafsu...tambahan diri yang sudah penuh dengan dosa ini.....apa yang mampu ku lakukan,hanya memohon padaMu ya Allah,untuk tetap kukuh di jalanMu hingga ke akhir hayatku~~~~~


Palestina...palestinku~~~sabarlah atas penderitaanmu wahai saudaraku...~kau sudah hampir dengan redha Allah, insya'Allah Allah sudahpun meredhaimu...senyumlah,walau sehebat mana pun badai & ujian datang...walau sehebat mana pun rakusan Israel jahanam itu, senyumlah kerana syurga Allah sedang menantimu....wahai pejuangku~~~
♥~nadirah & fantasi~♥

No comments:

Post a Comment